21 maut bangunan sekolah di Nigeria runtuh - Utusan Malaysia

21 maut bangunan sekolah di Nigeria runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Seramai 21 orang maut selepas bangunan Sekolah St. Academy runtuh di tengah Nigeria ketika sekumpulan pelajar sedang menduduki peperiksaan. 

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria (NEMA), bangunan dua tingkat itu runtuh di bandar Jos yang menyebabkan 30 mangsa lain dimasukkan ke hospital. 

Jelasnya, pelajar adalah antara mangsa yang maut di bandar yang terletak di ibu negara Plateau State. Namun, jumlah pelajar yang maut belum disahkan lagi. 

Kerajaan Negeri Plateau berkata, runtuhan itu turut menyebabkan 120 orang yang lain terperangkap. 

Gabenor Negeri Plateau, Caleb Manasseh Mutfwang menzahirkan simpati yang mendalam terhadap keluarga pelajar dan kakitangan sekolah yang maut. 

“Kerajaan menyifatkan insiden itu sebagai tragedi yang boleh dielakkan. Ini kerana,struktur binaan yang lemah dan lokasi pembinaan yang tidak selamat berhampiran tebing sungai,” katanya. 

Hospital tempatan diarahkan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan rawatan tanpa dokumentasi atau bayaran.

Pihak kerajaan turut menggesa sekolah yang mempunyai isu keselamatan yang sama ditutup. 

Insiden bangunan runtuh adalah perkara biasa di Nigeria disebabkan oleh piawaian pembinaan yang longgar dan penggunaan bahan binaan yang berkualiti rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya