19 maut, kartel dadah Mexico bertempur

19 maut, kartel dadah Mexico bertempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seramai 19 maut dengan empat daripadanya adalah warga Guatemala dalam pertempuran antara dua kumpulan dadah di negeri Chiapas, selatan Mexico.

Sebuah trak kargo ditemukan dengan 16 lelaki ditembak di bahagian dalam, manakala, tiga lagi ditemukan mati di luar kenderaan itu.

Kementerian Keselamatan Awam Mexico berkata, insiden itu berlaku Jumaat lalu, di perbandaran La Concordia berhampiran sempadan Guatemala.

Insiden keganasan dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Siasatan awal mendapati pergaduhan itu melibatkan pertembungan antara kartel Sinaloa, antara paling berkuasa di Mexico dan sebuah kumpulan lain yang dikenal pasti sebagai ‘Chiapas dan Guatemala’

Pihak kementerian menerusi kenyataan akhbar berkata, kedua-dua kumpulan itu bertempur untuk merebut kawalan terhadap kawasan jenayah di sempadan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN