166 maut akibat rempuhan himpunan keagamaan di India

166 maut akibat rempuhan himpunan keagamaan di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seramai 166 orang disahkan maut dan puluhan yang lain cedera akibat rempuhan dalam satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India, semalam.

Ketua Pengarah Polis di Uttar Pradesh, Prashant Kumar berkata, mangsa yang maut kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Katanya, orang ramai berhimpun di sebuah kampung di daerah Hathras, kira-kira 200 kilometer di tenggara ibu negara, New Delhi, semasa menyertai upacara keagamaan.

Ketika orang ramai mahu beredar, ribut debu yang kuat mencetuskan panik sehingga menyebabkan berlakunya rempuhan antara satu sama lain.

Jelasnya, mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya