15 kanak-kanak Palestin maut, Israel serang sekolah

15 kanak-kanak Palestin maut, Israel serang Sekolah Khadija

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel bertindak melampau apabila menyasarkan sebuah sekolah di Deir el-Balah sebagai lokasi serangan sehingga mengorbankan 15 kanak-kanak.

Statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza menunjukkan, sekurang-kurangnya lapan serangan dilancarkan sejak 6 Julai lalu, mengorbankan lebih 100 mangsa.

Rejim zionis terus menjadikan institusi pendidikan sebagai sasaran dan sering mendakwa kawasan itu sebagai tempat persembunyian musuhnya.

Sebahagian besar daripada 2.4 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal sejak konflik Israel-Hamas pada Oktober lalu, menyebabkan ramai penduduk mencari perlindungan di bangunan sekolah termasuk yang diserang pada Sabtu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN