LAKHIMPUR: Menteri Dalam Negeri, Yogi Adityanath memaklumkan lebih 130 kampung di Uttar Pradesh di utara India terjejas akibat banjir.
Katanya, hujan lebat dijangka melanda negeri utara dan timur laut untuk tempoh dua hingga tiga hari akan datang yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Paras air di sembilan sungai di Assam sudah melebihi paras berbahaya, manakala, anak sungai di Sungai Brahmaputra dijangka terus meningkat hingga Rabu, berdasarkan laporan penilaian kerajaan negeri.
Beberapa sungai di negeri Bihar, timur India juga hampir memecahkan tebingnya apabila air mengalir ke hilir dari negara jiran Nepal, yang sebahagiannya turut dinaiki air, awal minggu ini. -AGENSI