HANOI: Tanah runtuh yang berpunca akibat hujan tanpa henti di kawasan berbukit, utara Vietnam menghempap sebuah van dan 11 orang didalamnya terbunuh.
Bencana alam pada Sabtu lalu itu, menyebabkan empat yang lain cedera semasa menaiki sebuah van yang boleh memuatkan 16 penumpang.
Usaha mencari dan menyelamat digerakkan oleh tentera dan penduduk di wilayah Ha Giang.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan bilangan sebenar individu di dalam van berkenaan tidak diketahui dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.-AGENSI