11 maut letupan di Golan - Utusan Malaysia

11 maut letupan di Golan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOLAN: Sebuah roket mendarat di padang bola sepak di Majdal Shams di Golan Heights sehingga mengorbankan 11 kanak-kanak Syria dan mencederakan beberapa individu lain.

Sehingga kini, belum jelas kenapa sistem pertahanan Israel gagal menghalang dan memintas serangan roket itu.

Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada insiden itu melibatkan dron, roket atau peluru berpandu lain.

Tentera Israel menuding jari terhadap pejuang Hezbollah dan mengancam untuk melancarkan perang terhadap Lebanon.

Menteri Luar Israel, Yisrael Katz berkata, Tel Aviv membuat persiapan untuk melancarkan serangan berskala penuh di bahagian utara Hezbollah.

Bagaimanapun, Hezbollah menafikan penglibatan pejuangnya.

“Pejuang Islam di Lebanon menafikan tuduhan media barat dan beberapa platform lain berhubung serangan di Majdal Shams.

“Kami tidak mempunyai hubung kait dengan insiden itu dan menafikan semua fitnah,” katanya lapor Quds News Network.

Media Lebanon meyifatkan insiden di Majdal Shams adalah kesilapan Isral sendiri ataupun Tindakan yang sengaja dilakukan untuk mengeksploitasi situasi politik dan ketenteraan.

Ia kebetulan semasa kunjungan rasmi Benjamin Netanyahu ke Washington.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya