11 maut, demam Nil Barat landa Israel - Utusan Malaysia

11 maut, demam Nil Barat landa Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Bandar-bandar utama di Israel dilanda demam Nil Barat sehingga mengorbankan 11 orang dengan tiga kes baharu dilaporkan semalam.

Kementerian Kesihatan merekodkan seramai 153 orang didiagnosis dengan virus itu sejak Mei lalu, iaitu jangkitan tahunan tertinggi demam Nil Barat dalam tempoh 24 tahun.

Awal pagi semalam, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar bersama-sama mengumumkan pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat di kawasan metropolitan Tel Aviv, yang merangkumi bandar-bandar utama seperti Tel Aviv, Herzliya, Petah Tikva dan Kiryat Ono.

Nyamuk yang dijangkiti juga dikenal pasti di kampung berhampiran Netanya, bandar peranginan Laut Merah Eilat dan Majlis Wilayah Hevel Eilot di selatan Israel.

Kementerian Perlindungan Alam Sekitar menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mempergiatkan usaha pemantauan dan pemusnahan nyamuk.

Kementerian itu juga menekankan kepentingan kesedaran awam dan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan ancaman nyamuk.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya