Ukraine bergelap, loji kuasa lumpuh angkara Russia

Ukraine bergelap, loji kuasa lumpuh angkara Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine berdepan kekurangan tenaga elektrik yang teruk hari ini yang menyaksikan sebahagian ibu negara Kyiv serta beberapa wilayah berada dalam kegelapan sejak seminggu lalu akibat serangan berterusan Russia ke atas infrastruktur tenaga.

Serangan yang melumpuhkan loji kuasa menyebabkan bekalan elektrik yang terhad dan tiada jaminan yang dapat memastikan industri serta infrastruktur kritikal boleh kekal beroperasi.

Had penggunaan elektrik berkuat kuasa di semua wilayah Ukraine sepanjang hari, kata pengendali tenaga kuasa negeri Ukrenergo.

Firma itu berkata, pihaknya terpaksa memohon pemadaman elektrik selama tiga jam semalam, di sekitar wilayah dari Donetsk dan Kharkiv ke Lviv dan Zakarpattia, kira-kira 1,000 kilometer di sempadan dengan EU.

Di Kyiv, lampu jalan dan bangunan terputus dan sebahagian bandar itu bergelap sejak semalam.

Pengerusi Ukrenergo, Volodymyr Kudrytsky berkata, kesan itu mengambil masa bertahun untuk Ukraine memulihkan sepenuhnya kapasiti penjanaan.

“Kita sedang berdepan dengan skala kemusnahan yang sama sekali tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Secara teknikalnya mustahil untuk memulihkan loji kuasa yang rosak dengan cepat. Ia akan mengambil masa bukan berminggu atau berbulan tetapi mungkin bertahun,” katanya.

Ukraine terpaksa mengimport bekalan elektrik kecemasan dari negara jiran Romania, Poland, Hungary dan Maldova.

Pentadbiran bandar Kyiv hari ini berkata, had penggunaan sehari hanya akan memenuhi 75 peratus daripada keperluan tenaga ibu negara.

Russia tanpa henti menyasarkan grid kuasa Ukraine dengan peluru berpandu jelajah dan dron penuh bahan letupan sejak pencerobohan Februari 2022.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya