Tun Mahathir suntik semangat Faisal Halim

Tun Mahathir suntik semangat Faisal Halim

KEADAAN Faisal Halim (kanan) yang menunjukkan kesan asid yang dialaminya ketika diziarahi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.-IHSAN FB FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim mengakui terkejut dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudi meluangkan masa melawat dirinya.

Jelas pemain berusia 26 tahun itu, kehadiran negarawan itu menyuntik semangat buat dirinya untuk cepat pulih dan kembali meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

“InsyaAllah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” tulis Faisal dalam laman Facebook peribadinya.

Terdahulu, setelah lebih sebulan tidak keluar di khayalak, pemain sayap Selangor FC dan Malaysia, Faisal Halim telah membuat satu sidang akhbar pada 13 Jun lalu.

Kehadiran pemain yang menerima jolokan Mickey itu adalah bagi memaklumkan perkembangan terkini dirinya selepas diserang asid sulfurik pekat oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara, awal Mei lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya