Tiga hilang, tanah runtuh di Switzerland - Utusan Malaysia

Tiga hilang, tanah runtuh di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Seramai tiga orang dilaporkan hilang selepas ribut petir dan hujan lebat di tenggara Switzerland menyebabkan tanah runtuh, pada Sabtu.

Seorang wanita ditarik keluar hidup-hidup selepas tertimbus akibat tanah runtuh di lembah Alpine Misox di Graubünden, lapor Euro News.

Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa lain sedang dijalankan.

Runtuhan batu itu menimpa beberapa rumah di bandar Lostallo.

Pasukan penyelamat melakukan usaha pencarian sepanjang hari sejak semalam dengan mesin jengkaut dan anjing pemburu yang terlatih khas.

Pegawai Polis Switzerland, William Kloter yang mengetuai operasi menyelamat berharap dapat menemukan tiga orang yang masih hilang dan berharap mereka masih hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN