Tiada salam terakhir, Aliff Aziz, Bella Astillah sah cerai

Tiada salam terakhir, Aliff Aziz, Bella Astillah sah cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu kali kedua, pada pukul 1 petang, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difail Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

“Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff.

Bella dilihat tenang dan bersetuju setuju untuk tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Selain itu, semasa dalam dewan perbicaraan, Bella dan Aliff enggan bersalaman buat kali terakhir ketika ditanya hakim.

Mohd. Najib kemudian memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais bagaimanapun mengatakan perbincangan sudah dibuat di antara kedua-dua pihak dan ada terma yang sudah dibuat.

Ada berlaku perbincangan antara peguam dan peguam dan alhamdulillah ada penyelesaian secara global. Juga sudah ada perjanjian yang dibuat.

“Dalam perjanjian tersebut ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah dan kedua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.

“Aliff juga dilepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya dan Aliff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangi hari ini,” katanya.

Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan terma-terma tersebut dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai.

Dalam prosiding hari ini, Bella diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais manakala Aliff diwakili peguam syarie, Hadi Salleh.

Sebelum ini, Bella telah memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu kerana tiada lagi perasaan sayang.

Semasa perbicaraan kedua prosiding cerai pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella dengan alasan masih menyayangi isterinya itu.

Prosiding keputusan laporan Jawantakuasa Pendamai (JKP) ditetapkan semula pada 13 Jun.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Mereka pernah bercerai talak satu pada April 2020 namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.-UTUSAN

Aliff dan Bella dikurniakan dua orang anak iaitu Ayden Adrean,6, dan Ara Adreanna,3 sepanjang perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya