Tiada peniaga jual telur lebih harga ditetapkan - KPDN

Tiada peniaga jual telur lebih harga ditetapkan – KPDN

KPDN mengesahkan tiada pihak menjual melebihi harga yang ditetapkan sejak penurunan harga telur ayam pada 17 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan tiada pihak menjual melebihi  harga yang ditetapkan sejak penurunan harga telur ayam pada 17 Jun lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya melaksanakan pemantauan ke atas 1,828 premis borong dan runcit yang diadakan selama 7 hari di pasaran.

Walau bagaimanapun, katanya,  seramai enam peniaga didapati gagal meletakkan tanda harga merah  jambu dan dua kes lagi atas kesalahan tidak meletakkan tanda harga. 

“Seramai 2,200 anggota Pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara  digerakkan ke lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya.

“Ini untuk  memastikan peniaga menjual telur ayam pada harga siling baharu yang  ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mulai 17 Jun lalu, kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B  dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras dengan penurunan  kos input dalam industri tersebut. 

Penurunan harga ini melibatkan  keseluruhan rantaian telur iaitu pengeluar, borong dan runcit. 

Harga semasa runcit terkini bagi telur ayam untuk semenanjung  Malaysia adalah Gred A (RM 0.42/biji); Gred B (RM 0.40/biji) dan Gred C (RM 0.38/biji). 

Bagi harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah  Persekutuan Labuan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang  diwartakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN