Tentera Israel bunuh tokoh penting Palestin - Utusan Malaysia

Tentera Israel bunuh tokoh penting Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Datuk Bandar Nuseirat, Dr. Iyad Maghari antara individu berkaliber yang terbunuh semasa sekolah yang dikendalikan oleh Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dibom oleh tentera Israel, Khamis lalu. 

Serangan pada waktu Subuh itu meragut 40 nyawa ketika rejim Zionis menyasarkan kawasan kediaman kem dan infrastruktur awam. 

Tentera Israel sengaja membunuh Maghari yang berjasa besar kepada penduduk Palestin kerana mahu menghalang sebarang bentuk kehidupan di Semenanjung Gaza. 

Maghari terus berkhidmat kepada lebih 50,000 penduduk kem dan pelarian yang dipindahkan sehingga dia akhirnya mati dibunuh. 

Seorang rakyat Palestin, Abu Hisham Haroun berkata, Maghari adalah seorang datuk bandar terbaik yang pernah berkhidmat selama bertahun-tahun. 

“Dia sangat cekap, dekat dengan rakyat dan sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk kami. 

“Kami sangat sedih dengan pembunuhannya. Tentera Israel sengaja membunuhnya untuk menambahkan lagi penderitaan sehingga ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal,” katanya lapor The Palestine Chronicle.

Seorang penduduk lain, Yahya Abu al-Jidian antara individu pertama yang berada di lokasi kejadian melihat jasad Maghari terbujur kaku. 

“Saya sempat melihat arwah memegang kitab suci al-Quran dan terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” katanya. 

Semua penduduk Palestin menghargai jasa besar Maghari sebagai Datuk Bandar. 

Walaupun dalam keadaan perang yang paling getir, berkat pengurusannya berjaya menyalurkan bekalan air sampai ke rumah penduduk, sekurang-kurangnya sekali seminggu. 

“Walaupun penduduk berdepan isu kekurangan air di Gaza, kami dapat menampung ramai orang yang kehilangan tempat tinggal dan membekalkan air setiap hari,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya