Tentera AS musnahkan tujuh dron milik Houthi di Yaman

Tentera AS musnahkan tujuh dron milik Houthi di Yaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) memusnahkan tujuh dron dan sebuah kenderaan stesen kawalan di kawasan yang dikawal oleh kumpulan Houthi di Yaman, pada Jumaat. 

Komando Pusat AS dalam kenyataan di platform X memaklumkan serangan itu dilakukan kerana dron dan kenderaan itu memberi ancaman terhadap pasukan Pakatan AS dan kapal dagang di rantau ini.

Houthi yang disokong Iran menyasarkan kapal di Laut Merah dan Teluk Aden sejak November, tahun lalu, dalam serangan solidariti terhadap rakyat Palestin semasa perang Israel-Hamas di Semenanjung Gaza.

AS dan Britain melakukan serangan di Yaman yang bertujuan merendahkan keupayaan Houthi melakukan serangan, manakala terdapat usaha ketenteraan antarabangsa untuk memintas dron dan peluru berpandu yang ditembak ke atas kapal. 

“Tindakan ini diambil untuk melindungi kebebasan pelayaran dan menjadikan perairan antarabangsa lebih selamat dan terjamin.

“Tindakan berterusan oleh Houthi yang disokong Iran mengancam kestabilan serantau dan membahayakan nyawa pelaut yang merentasi Laut Merah dan Teluk Aden,” katanya. 

Serangan itu menyebabkan kos insurans meningkat bagi kapal yang transit di Laut Merah dan mendorong banyak firma perkapalan untuk mengambil laluan yang lebih lama di selatan Afrika. -AFP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya