Syarikat AI didakwa sembunyikan ancaman terhadap orang awam

Syarikat AI didakwa sembunyikan ancaman terhadap orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekumpulan bekas pekerja dan pekerja semasa di syarikat terkemuka teknologi kecerdasan buatan (AI) OpenAI dan Google Deepmind mendedahkan surat amaran tentang ancaman bahaya AI, pada Selasa.  

Kumpulan pekerja itu mendakwa pihak syarikat lebih mengutamakan keuntungan berbanding melakukan pengawasan terhadap teknologi itu.   

Kumpulan itu merangkumi seramai 13 pekerja dengan 11 daripadanya adalah pekerja semasa dan bekas pekerja OpenAI, iaitu syarikat yang mengasaskan ChatGPT.

Kumpulan itu memberi amaran sistem AI dikatakan cukup berkuasa untuk menimbulkan ancaman serius tanpa peraturan yang betul.

Contohnya seperti kebimbangan terhadap aspek keselamatan teknologi AI generatif yang dapat menghasilkan teks dan audio mirip manusia dengan cepat dan murah. 

“Risiko-risiko ini merangkumi pengukuhan ketidaksamarataan yang sedia ada, manipulasi dan maklumat palsu sehingga hilang kawalan terhadap sistem AI autonomi yang berpotensi mengakibatkan kepupusan manusia,” tulis surat itu. 

Kumpulan itu mendakwa syarikat AI sebenarnya mempunyai maklumat mengenai rsiko teknologi AI yang dibangunkan. 

Bagaimanapun, kemampuan sebenar sistem itu adalah kekal rahsia kerana pihaknya tidak diwajibkan untuk mendedahkan lebih banyak maklumat kepada pihak kerajaan. 

Sementara itu, Jurucakap OpenAI, Lindsey Held berkata, pihaknya berbangga dengan rekod prestasi dalam menyediakan sistem AI yang paling ampuh, selamat serta dipercayai menerusi pendekatan saintifik untuk menangani risiko. 

“Kami setuju perdebatan yang mendalam adalah penting memandangkan kepentingan teknologi ini dan akan terus berinteraksi dengan kerajaan, masyarakat sivil dan komuniti lain di seluruh dunia,” katanya. 

Sebanyak 83 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) percaya AI boleh secara tidak sengaja membawa kepada kejadian bencana, berdasarkan penyelidikan oleh Institut Dasar AI.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya