PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian kecurian tabung masjid yang berlaku di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, dekat sini baru-baru ini. Baginda amat murka dengan pelaku berkenaan yang tergamak mencuri duit tabung masjid hasil sumbangan dan sedekah orang ramai yang bertujuan kesejahteraan umat Islam di kariah berkenaan. “Baginda mengingatkan bahawa perbuatan mencuri adalah perbuatan keji dan merupakan satu dosa besar khususnya apabila melibatkan kebajikan untuk golongan kurang berkemampuan seperti asnaf dan anak-anak yatim,” menurut kenyataan dikeluarkan Selangor Royal Office…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya