Setengah juta penduduk tinggalkan Israel akibat perang di Gaza

Setengah juta penduduk tinggalkan Israel akibat perang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: ‘Jangan tinggalkan negara’. Itu pesanan bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett terhadap rakyatnya yang kini berpusu-pusu meninggalkan negara haram itu. 

Menerusi perkongsian dalam platform X,  Bennett berkata, Israel berdepan cabaran paling getir sejak merampas tanah rakyat Palestin semasa Nakba 1948.

Jelasnya, meninggalkan negara itu bukanlah penyelesaian terbaik kerana Israel masih memerlukan bakat dan dedikasi daripada semua lapisan rakyatnya.

“Kita bergelut dengan peperangan, berdepan tindakan boikot antarabangsa, kerosakan, 120 rakyat Israel jadi tebusan, ribuan keluarga berduka serta ditambah dengan Menteri yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan kehilangan kawalan terhadap ekonomi dan defisit,” katanya.

Times of Israel melaporkan lebih setengah juta penduduk Israel meninggalkan negara itu dan tidak pulang dalam tempoh enam bulan pertama sejak perang tercetus. 

Berdasarkan data pihak berkuasa, kira-kira 550,000 warga Israel meninggalkan negara itu sejak Oktober tahun lalu, iaitu mengatasi jumlah mereka yang pulang semula ke negara. 

Mereka yang pada mulanya mungkin hanya keluar negara buat sementara waktu semasa perang masih berlaku, kini akhirnya menjadi trend penghijrahan kekal. 

Data dari Biro Perangkaan Pusat Israel merekodkan pada April lalu, penduduk Israel adalah seramai 9.9 juta termasuk lebih dua juta rakyat Palestin, 400,000 rakyat Palestin di Baitulmuqaddis Timur dan 20,000 rakyat Syria di Dataran Tinggi Golan yang diduduki. 

Selain itu, jutaan rakyat Israel memegang dua kewarganegaraan dengan memiliki satu kewarganegaraan lain bersama kewarganegaraan Israel mereka. -AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya