Seorang maut helikopter tentera Tunisia terhempas

Seorang maut helikopter tentera Tunisia terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Seorang pegawai tentera maut dan seorang lagi cedera selepas helikopter yang dinaiki terhempas di selatan Tunisia, pada Jumaat.

Agensi berita Jerman melaporkan insiden berlaku berdekatan pangkalan tentera udara semasa pesawat itu hendak melakukan pendaratan.

Kementerian Pertahanan memaklumkan pasukan petugas perubatan bergegas ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke hospital.

Mangsa yang cedera kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Insiden pesawat tentera terhempas kerap berlaku di Tunisia sejak beberapa tahun lalu, dengan nahas terakhir berlaku Jun, tahun lalu, apabila helikopter terhempas di Bizerte, utara Tunisia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya