Selangor FC raih tonik tambahan

Selangor FC raih tonik tambahan

SELANGOR FC muncul juara kejohanan jemputan RCTI Premium Sports di Indonesia selepas menewaskan Persija Jakarta pada aksi final di Stadium Antarabangsa Indonesia (JIS), semalam.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC meraih tonik tambahan untuk menghadapi kejohanan Piala FA dan baki saingan Liga Super 2024/2025 selepas muncul juara di kejohanan jemputan RCTI Premium Sports di Indonesia, semalam.

Kejayaan itu bukan mudah untuk diraih Red Giants kerana mereka terpaksa bermain dihadapan puluhan ribu penyokong Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Indonesia (JIS) namun jaringan tunggal Alvin Fortes seawal minit ketiga sudah cukup bagi memastikan kemenangan Selangor di pentas akhir kejohanan berkenaan.

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil mengakui banyak perkara positif yang diperolehi pasukannya dan kini fokus mereka akan lebih terarah kepada pertandingan tempatan bermula dengan saingan Piala FA pada 15 Jun.

“Kami gembira kerana melalui kejohanan ini dengan baik walaupun ada satu dua kecederaan tetapi secara keseluruhan pemain yang kurang mendapat tempat dapat minit permainan dan pasukan mengekalkan sikap yang sama ketika di Liga Malaysia.

“Saya juga suka melihat apa yang ditunjukkan para pemain dalam dua perlawanan ini dan memenangi kejohanan ini adalah satu bonus sekali gus membina keyakinan buat pasukan untuk mengharungi Piala FA dan juga liga.

“Masih banyak perkara perlu ditambah baik tetapi kami berjaya kekalkan mentaliti kemenangan itu kerana perjalanan liga masih panjang tetapi suka kerana kejohanan ini beri peluang kepada pemain-pemain muda beraksi dan juga kepada barisan kejurulatihan untuk menambah baik pasukan,” katanya.

Terdahulu, Selangor mara ke final selepas menewaskan Sabah FC 3-2 pada aksi pertama untuk layak ke final dan gol tunggal Fortes memberikan kejuaraan trofi kedua musim ini selepas Selangor Asia Challenge Cup.

Selangor akan kembali fokus kepada kejohanan tempatan dengan Negeri Sembilan sekali lagi akan bertandang ke Kelana Jaya untuk saingan Piala FA sebelum melayan kunjungan Perak FC untuk aksi Liga Super pada 23 Jun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya