Selangor FC didenda RM100,000, lawan JDT tanpa penyokong

Selangor FC didenda RM100,000, lawan JDT tanpa penyokong

MFL mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadap Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berdepan beberapa hukuman daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan tindakan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih yang sepatutnya berlangsung 10 Mei lalu di Stadium Sultan Ibrahim.

Antara denda yang dikenakan badan pengelola liga itu adalah, Selangor diminta membayar denda sebanyak RM100,000 dan duit berkenaan akan disalurkan kepada badan kebajikan.

Selain itu, kelab berkenaan juga perlu membayar pampasan ganti rugi kepada MFL dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak tersebut.

“Denda sebanyak RM100,000. Wang denda ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

“Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya,” menurut kenyataan kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini.

Dalam masa sama, Selangor FC juga berdepan hukuman pemotongan tiga mata dan perlu beraksi tanpa penyokong pada perlawanan menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada perlawanan ke-14 Liga Super.

“Selangor akan dikenakan pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025. Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.

“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” menurut kenyataan itu lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya