RUU sekat terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa diluluskan

RUU kenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Republikan meluluskan undang-undang yang akan mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). 

Sekatan itu berhubung keputusan pendakwa raya bagi mendapatkan waran tangkap terhadap pegawai Israel yang terlibat dengan perang di Gaza, lapor Reuters.  

Undian adalah sebanyak 247 berbanding 155, dengan 42 ahli Demokrat menyertai Republikan dalam menyokong langkah itu. 

Walaupun undian itu dijangka tidak akan menjadi bentuk undang-undang, namun ia mencerminkan sokongan berterusan terhadap Israel di Kongres ketika kritikan antarabangsa terhadap kempen serangan Asia Barat di Semenanjung Gaza. 

Rang Undang-Undang (RUU) itu juga dijangka tidak akan dibawa dalam sesi pengundian di Senat, yang dikawal ketat oleh ahli Demokrat. 

Undang-Undang ini akan mengenakan sekatan terhadap individu yang terlibat dalam pendakwaan ICC terhadap warga AS atau sekutu AS yang bukan anggota ICC termasuk Israel. 

Ia juga akan menghalang kemasukan pegawai ICC ke AS, membatalkan sebarang visa AS dan menghalang mereka daripada melakukan transaksi hartanah di AS. 

Bulan lalu, White House mengkritik keputusan ICC bagi mendapatkan waran tangkap tersebut.

Pendakwa Raya ICC, Karim Khan berkata, beliau mempunyai alasan munasabah untuk mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Ketua Pertahanannya serta tiga pemimpin Hamas terhadap tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan. 

Netanyahu berang dengan keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal dan bertujuan menyasarkan seluruh Israel. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya