Russia lancar serangan skala besar kemudahan tenaga Ukraine

Russia lancar serangan skala besar terhadap kemudahan tenaga Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kemudahan tenaga Ukraine diserang secara besar-besaran oleh Russia, menerusi serangan baharu yang menyasarkan grid kuasa negara itu. 

Kementerian Tenaga Ukraine berkata, ia adalah kali kelapan Russia melancarkan serangan terhadap kemudahan infrastruktur tenaga dalam tempoh tiga bulan lalu. 

Tentera Udara Ukraine memaklumkan sistem pertahanan udara berjaya menembak jatuh 12 daripada 16 peluru berpandu dan kesemua 13 dron yang dilancarkan oleh Russia di beberapa wilayah sepanjang malam.

Serangan itu mencederakan dua pekerja tenaga di wilayah Zaporizhzhia dan merosakkan peralatan di bandar barat Lviv. 

Di wilayah barat daya Ivano-Frankivsk, pihak berkuasa melaporkan kerosakan pada rumah dan sebuah tadika. 

Russia memperbaharui kempen serangan  terhadap infrastruktur tenaga di Ukraine pada musim bunga dan awal musim panas, menyebabkan kekerapan terputus bekalan elektrik di seluruh negara. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, Moscow memusnahkan separuh daripada kapasiti penjanaan elektrik negara, sejak kemudahan tenaga dimusnahkan akhir Mac lalu. 

Ukraine membeli sumber tenaga dari Kesatuan Eropah, bagaimanapun,ia tidak mencukupi untuk menampung defisit.

Kebanyakan hari bekalan elektrik diputuskan adalah dirancang di seluruh negara bagi melindungi infrastruktur kritikal seperti hospital dan kemudahan tentera.  

Dalam serangan lain Sabtu lalu, pegawai di Kharkiv di timur laut Ukraine berkata, seramai tiga orang terbunuh dan 18 yang lain cedera akibat terkena bom berpandu Russia dan empat letupan kedengaran di bandar itu. 

Gabenor wilayah Kharkiv, Oleh Syniehubov berkata, ia adalah serangan pengganas dan serangan tepat terhadap infrastruktur awam. 

“Sedangkan, tiada apa-apa kepentingan tentera di daerah ini,” katanya. -BBC 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN