Ratusan haiwan maut, hutan di Turkiye terbakar - Utusan Malaysia

Ratusan haiwan maut, hutan di Turkiye terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINAR: Ratusan haiwan terkorban akibat hutan di tenggara Türkiye terbakar sehingga merebak ke bandar Diyarbakir dan Mardin yang terletak berhampiran sempadan Syria. 

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, bencana itu turut menyebabkan 12 penduduk maut dan 78 mangsa lain cedera akibat terhidu asap tebal.  

Kebakaran hutan yang bermula sejak Khamis lalu, memusnahkan sejumlah besar kawasan tanah kering dengan kesan tanah hangus kelihatan.

Api merebak pantas sehingga mengancam lima perkampung berdekatan.

Seorang wartawan AFP di wilayah Diyarbakir melihat kira-kira 100 bangkai haiwan bergelimpangan atas tanah di Kampung Koksalan.

Penduduk juga meluahkan kesedihan apabila 1,000 kambing ternakan dan biri-biri maut dalam kebakaran itu. 

Seorang doktor veterinar tempatan mengesahkan kematian berkenaan dan memaklumkan banyak haiwan terselamat sedang dirawat kerana melecur. 

“Kami tidak mempunyai maklumat jelas mengenai jumlah haiwan yang terjejas. Namun setakat ini, kurang separuh daripada ternakan yang terselamat dan haiwan itu perlu disemeblih kerana tidak boleh dirawat lagi,” katanya.

Kebakaran berpunca akibat pembakaran tunggul kayu sejak Khamis lalu, sebelum merebak pantas disebabkan tiupan angin kencang sehingga merebak ke kampung Koksalan, Yazcicegi dan Bagacik. 

Imej yang disiarkan dalam media sosial menunjukkan api besar menerangi langit malam dengan kepulan asap yang berkepul-kepul ke Udara. 

Empat pasukan kecemasan dan 35 ambulans bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Gabenor Diyarbakir, Ali Ihsan Su, anggota bomba berjaya mengawal api pada Jumaat. 

Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS) merekodkan Turkiye mengalami 74 kebakaran hutan sepanjang tahun ini, yang memusahkan 12,910 hektar tanah. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya