RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berbesar hati menaja haiwan korban bagi 3,322 jemaah haji menggunakan perbelanjaannya sendiri.
Lapor Saudi Press Agency, kebanyakan jemaah haji diwajibkan menyembelih binatang sebagai simbolik pengorbanan yang dipersembahkan oleh Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail serta sebagai tanda penyerahan mutlak diri seorang hamba kepada sang pencipta.
Menteri Hal Ehwa Islam, Dakwah dan Bimbingan, Syeikh Dr. Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh berkata, pemberian itu menandakan kemuliaan hati seorang raja terhadap semua umat Islam yang datang dari pelusuk dunia.
Jemaah haji yang datang dari 88 negara adalah tetamu program Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan.