Putin tiba di Vietnam - Utusan Malaysia

Putin tiba di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Presiden Russia, Vladimir Putin tiba di Vietnam hari ini untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara itu selepas memutamadkan Pakatan pertahanan dengan Korea Utara.

Kunjungan itu merupakan persinggahan terakhirnya dalam lawatan rasmi ke dua negara di Asia.

Pesawat yang membawa Putin mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanoi dan ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Hong Ha.

Menerusi komen yang disiarkan dalam akhbar Parti Komunis Vietnam, Putin memuji negara itu kerana menyokong ‘cara pragmatik untuk menyelesaikan krisis di Ukraine’.

Vietnam yang secara rasmi melaksanakan dasar luar neutral yang digelar ‘diplomasi buluh’ dengan kuasa dunia, mengelak daripada mengutuk serangan Russia ke atas Ukraine.

Pendirian itu dilihat oleh negara Barat sebagai terlalu dekat dengan Kremlin.

Negara Asia Tenggara itu menjadi negara ketiga yang pernah dilawati Putin, selepas China dan Korea Utara, sejak beliau mengangkat sumpah untuk penggal kelima pada Mei lalu.

Vietnam mengadakan persiapan rapi bagi acara sambutan penuh negara untuk menyambut ketibaan Putin.

Kali pertama Putin melawat Vietnam adalah pada 2017, dan kunjungan kali ini adalah lawatan rasmi beliau yang kelima. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN