Pusat Data Indonesia serangan siber, penggodam tuntut RM37 juta

Pusat Data Indonesia jadi sasaran serangan siber, penggodam tuntut RM37 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ratusan pejabat pemerintah terjejas akibat serangan siber di Pusat Data Nasional Indonesia sehingga menyebabkan operasi lapangan terbang di ibu kota itu tergendala.

Penggodam menuntut wang tebusan sebanyak AS$8 juta (RM37 juta).

Ramai penumpang beratur panjang di kaunter pelepasan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, minggu lalu, selepas sistemnya diserang.

Pegawai dari Kementerian Komunikasi dan Maklumat, Semuel Abrijani Pangerapan berkata, serangan siber itu dipercayai dilakukan menggunakan satu perisian yang dibangunkan oleh perisian tebusan LockBit.

“Serangan itu menjejaskan 210 institusi pada peringkat nasional dan tempatan.

“Perkhidmatan Imigresen kembali normal pada pagi Isnin (24 Jun) dan pelbagai usaha sudah dijalankan untuk memulihkan perkhidmatan lain yang terjejas.

“Pihak berkuasa masih menyiasat perisian tebusan, dikenali sebagai Brain Cipher yang melumpuhkan akses kepada data pemerintah disebabkan penukaran data kepada bentuk kod sulit, jelasnya lagi.

LockBit dan anggota-anggota gabungannya sudah menyasarkan pemerintah, perusahaan besar, sekolah-sekolah dan hospital sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar serta mendapatkan wang tebusan berjuta dolar daripada mangsa.

Bulan lalu, Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia mengenakan sekatan terhadap Ketua LockBit yang dituduh memeras ugut berbilion dolar daripada beribu-ribu mangsa.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Kesatuan Eropah (EU)(Europol), lima negara yang paling kerap diserang LockBit ialah AS, Britain, Perancis, Jerman dan China. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya