Pilihan Raya Iran: Tiada calon dapat undi majoriti - Utusan Malaysia

Pilihan Raya Iran: Tiada calon dapat undi majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Kementerian Dalam Negeri mengumumkan tiada calon yang memperoleh undi majoriti dalam Pilihan Raya Presiden Iran.

Setakat ini, dua calon yang mendahului daripada lima calon bertanding ialah Masoud Pezeshkian, mewakili Reformis (10.4 juta) dan Saeed Jalili dari Konservatif (9.5 juta) selepas lebih 24.5 juta undi dikira.

Peratusan keluar mengundi mencatatkan rekod yang rendah iaitu hanya sekitar 40 peratus.

Selain Masoud dan Saeed, calon lain yang bertanding ialah Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf.

Keputusan penuh Pilihan Raya Presiden ke-14 di Iran dijangka diketahui malam ini.

Tarikh pilihan raya itu sepatutnya dijadualkan pada 2025, tetapi diadakan lebih awal selepas pemegang jawatan tersebut, Ebrahim Raisi meninggal dunia dalam nahas helikopter pada bulan lalu.

Ia diadakan ketika Tehran bergelut dengan kesan ekonomi akibat sekatan antarabangsa di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak berhubung perang di Gaza.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya