Pfizer sembunyikan risiko vaksin Covid-19? - Utusan Malaysia

Pfizer sembunyikan risiko vaksin Covid-19?

PFIZER dituduh mengelirukan keberkesanan vaksin Covid-19 yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Syarikat farmaseutikal, Pfizer didakwa mengelirukan orang ramai, menipu mengenai keberkesanan dan menyembunyikan risiko vaksin Covid-19.

Demikian intipati saman yang difailkan oleh Negeri Kansas di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin atas pelbagai dakwaan mengenai vaksin yang dilancarkan pada 2021. 

Menerusi penyataan difailkan di Mahkamah Daerah Thomas County, syarikat itu turut dituduh membuat dakwaan palsu mengenai tahap keberkesanan vaksin keluarannya yang jelas melanggar Akta Perlindungan Pengguna Kansas, lapor Reuters.  

Saman itu juga dibuat bagi menuntut ganti rugi tanpa dinyatakan jumlah tuntutan berkenaan. 

Syarikat yang berpangkalan di New York itu juga didakwa menyembunyikan bukti berhubung kaitan vaksin dengan komplikasi kehamilan, keguguran serta keradangan jantung dikenali sebagai miokarditis dan perikarditis, selepas vaksin dilancarkan pada 2021. 

Pfizer juga didakwa membuat kenyataan palsu vaksin yang dibangunkan bersama German BioNTech untuk strain asal virus itu mengekalkan keberkesanan tinggi terhadap perubahan varian dan boleh mencegah penyakit serta penularan. 

Mengulas tindakan itu, Pfizer berkata, kenyataan mengenai vaksin Covid-19 dikeluarkan firma berkenaan adalah tepat dan berdasarkan sains, selain menyifatkan tuntutan terbabit tidak berasas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya