Peserta protes conteng bangunan kampus di Los Angeles

Peserta protes conteng bangunan kampus di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penunjuk perasaan yang membantah serangan Israel di Gaza bertindak merosakkan bangunan di California State University, Los Angeles.

Serangan itu berlaku ketika presiden kampus itu dan berpuluh-puluh pekerja lain berada di dalam bangunan berkenaan.

Jurucakap universiti itu, Erik Frost Hollins berkata, penunjuk perasaan mengepung Bangunan Perkhidmatan Pelajar pada pukul 4 petang, pada Rabu.

Seramai 58 pekerja dilihat keluar dari pejabat pada pukul 6 petang, kecuali sekumpulan pentadbir yang masih kekal sehingga selepas tengah malam bagi menguruskan kekecohan berkenaan. 

Kebanyakan penunjuk perasaan meninggalkan bangunan itu sekitar pukul 1.15 pagi pada Khamis dan kembali ke kawasan perkhemahan di kampus.

Beberapa penunjuk perasaan lain beredar selepas diarahkan oleh pihak polis.

Presiden kampus itu, Eanes berkata, pihak universiti tidak akan berdiam diri selagi perkhemahan peserta protes berlangsung dengan tindakan di luar batasan. 

“Ekoran kemusnahan dan kecurian yang berlaku pada Rabu lalu, satu garisan penghadang telah dipasang  dan mereka yang berada di kawasan perkhemahan diarahkan beredar.

“Saya komited untuk melakukan segala usaha yang termampu bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

“Saya tidak akan melindungi sesiapa yang dikenali pasti secara langsung mengambil bahagian dalam aktiviti tidak bertanggungjawab itu,” katanya lapor AP.

Sementara itu, pihak universiti mengumumkan semua kelas dan operasi kampus utama akan  dijalankan secara dalam talian sehingga diberitahu kelak.

Imej dari lokasi kejadian menunjukkan kesan grafiti pada bangunan kampus, pintu dihalang dengan perabot serta meja dan payung menghalang laluan masuk di pintu hadapan.

“Kami tidak mempunyai penilaian yang tepat mengenai insiden itu, tetapi terdapat kerosakan pada bahagian luar, dalaman, peralatan, bahan dan struktur bangunan. Ia adalah kerosakan yang ketara,” katanya. -AP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya