KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan membedah siasat bangkai harimau belang yang ditemukan penduduk kampung di dalam Sungai Pergau, Kampung Kandek di Dabong dekat Kuala Krai semalam. Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, tiada kesan kecederaan, tembakan atau jerat pada badan harimau belang itu selepas pemeriksaan awal fizikal dilakukan oleh anggota Perhilitan. Menurutnya, bangkai binatang itu telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai di Perak untuk prosedur bedah siasat. “Perhilitan menerima aduan mengenai penemuan bangkai harimau belang di dalam Sungai Pergau oleh penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya