LEIPZIG: Perancis dan Belanda terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata pada aksi kedua Kumpulan D Euro 2024 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sekali gus menyaksikan mereka terpaksa menunggu untuk ke pusingan 16 terakhir.
Antoine Griezmann yang mengetuai Perancis susulan Kylian Mbappe terpaksa diletakkan di bangku simpanan selepas hidungnya patah ketika bertemu Austria, mempunyai peluang di setiap babak tetapi bintang Atletico Madrid itu gagal menyempurnakan peluang berkenaan.
Sementara itu, Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan kemenangan Belanda selepas jaringan Xavi Simons pada babak kedua dibatalkan kerana ofsaid.
Keputusan itu menyaksikan Perancis dan Belanda masing-masing mengumpul empat mata di tangga teratas kumpulan, dengan Austria tiga mata, manakala Poland menjadikan pasukan yang tersingkir awal ekoran belum mengutip sebarang mata.
Aksi seterusnya, Perancis akan berdepan Poland manakala Belanda menentang Austria pada perlawanan terakhir kumpulan tersebut. – AGENSI