PARIS: Perancis dan Amerika Syarikat (AS) mahu bekerja lebih keras untuk menghalang peningkatan perang yang lebih meluas di Asia Barat dengan keutamaan untuk menenangkan keadaan antara Israel dan Hezbollah. Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, pihaknya akan menggandakan usaha bersama-sama untuk mengelakkan letupan serantau, khususnya di Lebanon. Macron menambah bahawa kedua-dua pihak sedang mengusahakan parameter kemajuan untuk mengurangkan ketegangan di Lebanon. Perancis dan AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini berusaha untuk meredakan ketegangan dengan Perancis mengemukakan cadangan bertulis kepada kedua-dua pihak bertujuan menghentikan peperangan yang semakin buruk antara Israel dan Hezbollah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya