Pembantu pengadil pengsan di atas padang

Pembantu pengadil pengsan di atas padang

Penjaga gol Kanada, Maxime Crepeau cuba membantu pembantu pengadil yang rebah dan pengsan ketika pertemuan Kanada dan Peru di Children's Mercy Park. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Seorang pembantu pengadil rebah dan pengsan pada babak pertama aksi Kumpulan A Copa Amerika antara Peru dan Kanada sebentar tadi selepas perlawanan berlangsung dalam cuaca panas dan lembap di Children’s Mercy Park, di sini.

Humberto Panjoj rebah pada masa kecederaan babak pertama, dengan penjaga gol Kanada, Maxime Crepeau pantas untuk cuba menarik perhatian pegawai perubatan.

Pegawai dari Guatemala itu kemudian dirawat di sisi padang sebelum kembali sedar namun dibawa keluar menggunakan pengusung.

Berdasarkan ramalan cuaca, suhu di Kansas City dijangka mencecah 34 Celsius hari ini dengan kelembapan sekitar 53 peratus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN