Pemain Harimau Malaya perlu positif

Pemain Harimau Malaya perlu positif

Daniel Ting (tengah) bersedia menggalas apa sahaja peranan yang dimahukan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada dua aksi terakhir Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Moral Harimau Malaya ketika ini boleh dikatakan rapuh malah terganggu berikutan masalah kecederaan yang menghimpit pasukan menjelang dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, pertahanan skuad kebangsaan, Daniel Ting berkata setiap pemain perlu bersikap positif dan tidak membiarkan minda dipengaruhi dengan perkara negatif.

Skuad kebangsaan ketika ini berada di fasa terakhir persiapan sebelum menghadapi Kyrgyzstan di Bishkek, Khamis ini sebelum melayan kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

“Ini adalah perlawanan penting buat kami. Jadi, kami cuba mengekalkan mood positif dan membawanya ke aksi pertama menentang Kyrgyzstan.

“Kita tidak boleh pergi sana dan fikir bahawa kita akan tewas. Sudah tentu, kami mahu memenangi setiap perlawanan jadi kita perlu pergi ke sana dengan mood positif.

“Kami telah bekerja keras dalam latihan. Sekarang semua pemain bersama dalam kem latihan. Jadi, kami boleh bersungguh-sungguh dan mengusahakan taktikal yang diberikan oleh jurulatih kepada kami.

“Saya yakin jika kami bermain dengan baik, kami mampu memenangi perlawanan menentang Kyrgyzstan di tempat lawan,” katanya.

Harimau Malaya kehilangan tujuh pemain menjelang aksi menentang Kyrgyzstandan selain ketajaman Harimau Malaya juga diragui selepas sekadar menang 1-0 ke atas Perak FC dalam satu aksi persahabatan, minggu lalu.

Dalam pada itu, Daniel bersedia untuk beraksi di jentera serangan sekiranya diarahkan ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon.

“Kita perlu menggantikan pemain sayap. Jelas sekali, dua pemain utama di posisi itu tidak berada di sini.

“Bagaimanapun, jika jurulatih mahu saya beraksi di bahagian serangan sudah pasti saya akan bermain dan lakukan yang terbaik.

“Saya pernah mengambil peranan tersebut ketika bersama Sabah FC namun kami juga ada pemain lain termasuklah beberapa pemain muda yang datang. Jadi, saya rasa kita ada banyak pilihan untuk menggantikan pemain yang cedera,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya