Pekerja Malaysia maut masa cuci kapal di Singapura

Pekerja Malaysia maut masa cuci kapal di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pekerja warga Malaysia maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, di Marina South Pier, pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata, mangsa berusia 22 tahun maut akibat tersangkut pada sebuah kipas bot sokongan penyelam pada pukul 2.10 petang. 

“Mangsa dibawa ke Hospital Besar Singapura dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” katanya dalam kenyataan, lapor berita.mediacorp. 

Pihak kementerian sedang menyiasat kejadian itu dan mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua kegiatan menyelam.

“Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan adalah menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ mesti dipatuhi,” kata jurucakap itu.

MOM berkata, peralatan dan alat sedemikian memudahkan penyelarasan dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi. 

Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN