PETALING JAYA: Malaysia merangkul gelaran berganda selepas pasukan lelaki dan wanita skuasy kebangsaan merangkul gelaran Asia dengan membenam Hong Kong pada perlawanan akhir Kejohanan Berpasukan Asia 2024 di Dalian, China, hari ini. Skuad lelaki negara yang diketuai pemain No. 13 dunia, Ng Eain Yow tidak berdepan masalah untuk mengutip mata pertama Malaysia selepas menewaskan Lau Tsz Kwan 11-7, 11-8, 11-8. Bagaimanapun, kem negara cemas seketika apabila perseorangan kedua, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar tunduk kepada Henry Leung 11-4, 7-11, 2-11, 7-11 yang sekali gus membuka laluan kepada Hong Kong mengikat Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya