Parlimen Australia tolak usul iktiraf Palestin - Utusan Malaysia

Parlimen Australia tolak usul iktiraf Palestin

AHLI Parlimen Australia, Mehreen Faruqi bertindak berani membawa usul untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka di Dewan Negara. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Ahli Parlimen Australia, Mehreen Faruqi bertindak berani apabila membawa usul untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka di Dewan Negara. 

Ia adalah percubaan kali kedua dalam tempoh beberapa bulan oleh penggubal undang-undang Australia untuk mengikut jejak langkah 145 negara lain yang mengiktiraf Palestin, lapor The Palestine Chronicle. 

“Hari ini, saya mencadangkan satu usul ringkas yang menyeru satu tindakan keadilan yang asas untuk mengiktiraf Palestin.

“Saya gembira rakan saya, Senator Fatima Payman mempunyai keberanian dan prinsip untuk menyokong usul itu. Selebihnya, ahli parti Buruh lain gagal dalam ujian moral paling asas ini,” katanya yang juga Timbalan Ketua Parti Green Party dalam X. 

Bagaimanapun, usul itu gagal dibahaskan kerana kerajaan yang diperintah oleh parti Buruh menghalang usul berkenaan. 

Untuk rekod, ia adalah kali pertama ahli politik Buruh menyokong sebarang usul semasa parti itu berkuasa sejak 1986. 

Berdasarkan peraturan parti, Fatima boleh berdepan tindakan terhadap keputusan yang diambil kerana bercanggah dengan keputusan partinya.

Bagaimanapun, Fatima tetap teguh dengan keputusan ‘paling sukar’ yang dipilihnya.

“Saya telah dipilih untuk berkhidmat kepada penduduk di Australia Barat dan menjunjung nilai-nilai murni yang diterapkan oleh arwah bapa.

“Hari ini, saya membuat keputusan yang akan membanggakan dirinya serta semua orang yang memihak kepada kemanusiaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi undian itu.  

Bulan lalu, Parlimen Australia turut menyekat percubaan sama yang diusulkan oleh Green Party untuk mengiktiraf negara Palestin dengan lima undi menyokong dan 80 menentang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya