BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata tidak akan ada gencatan senjata kekal di Gaza sehingga keupayaan tentera dan pemerintahan Hamas musnah. Katanya, syarat Israel untuk menamatkan perang tidak berubah. “Kemusnahan tentera Hamas dan keupayaan mentadbir, membebaskan semua tebusan dan memastikan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel. “Israel akan terus menegaskan syarat ini dipenuhi sebelum gencatan senjata kekal dilaksanakan. Tanggapan bahawa Israel akan bersetuju dengan gencatan senjata kekal sebelum syarat ini dipenuhi adalah tidak benar,” katanya. Jumaat lalu, kumpulan Hamas berkata pihaknya mempunyai pandangan positif terhadap kandungan cadangan gencatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya