Naufal Azrin tuntut tunggakan bayaran - Utusan Malaysia

Naufal Azrin tuntut tunggakan bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak takut ke duit yang dirembat itu bagi makan dekat keluarga?”

Demikian kenyataan penyanyi, Naufal Azrin yang memberikan tempoh dua minggu kepada bekas pihak pengurusannya untuk melunaskan hutang yang masih tertunggak.

Dakwa penyanyi itu, dia sudah berusaha menghubungi pihak tersebut untuk berbincang, namun panggilan telefon tidak dijawab malah sering memberikan pelbagai alasan.

“Kepada label lama saya, saya tidak suka buat benda ini sebenarnya. Nak viral-viral. Tetapi pihak anda tak respon langsung panggilan.

“Saya tidak kisah kalau orang lain yang kena macam saya. Mungkin mereka sudah tak nak ambil peduli sama ada pihak anda akan bayar duit mereka atau tidak. Tetapi saya peduli.

“Saya bagi masa dua minggu untuk kita jumpa dan selesaikan perkara ini. Kalau tak saya akan cari cara. Paling tidak awak akan ditangkap sebab rembat duit orang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Naufal juga enggan menerima sebarang alasan penunggakan bayaran daripada pihak bertanggungjawab.

“Bila saya minta untuk bayar, jangan bagi alasan tentang keluarga susah lah, sakit lah. Cara itu dah tak berfungsi dalam akal saya.Saya tak tahu berapa ramai yang kena macam saya ini.

“Tapi yang saya nampak, awak tak pernah kena hukuman atau apa-apa. Mungkin disebabkan itu, awak masih berani buat benda-benda bodoh ini.

“Awak silap, sebab kali ini yang terkena saya. Sejujurnya, saya bukan jenis yang banyak cakap. Saya lebih suka menggunakan kekerasan kalau dah susah sangat.
“Tapi kalau buat begitu saya yang kena nanti. Jadi saya gunakan media sosial ini mana tahu ada orang yang boleh bantu,” dakwanya,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya