LEIPZIG: Luka Modric menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Kejohanan Eropah ketika aksi terakhir Croatia dalam Kumpulan B menentang Itali, semalam. Pemain tengah Real Madrid itu menjaringkan gol pada minit ke-55, kurang seminit selepas tendangan penaltinya dinafikan oleh penjaga gol, Gianluigi Donnarumma. Modric berusia 38 tahun dan 289 hari, memecahkan rekod yang dilakukan pemain Austria, Ivica Vastic pada 2008 yang lebih muda 32 hari. Bagaimanapun gol Modric itu dinafikan oleh Mattia Zaccagni apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-98 sekali gus terikat 1-1. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya