Mexico catat 155 kematian akibat strok haba - Utusan Malaysia

Mexico catat 155 kematian akibat strok haba

Humanitarian aid worker Karen Parker douses a young man from Colombia with water after a group of migrants walked in the intense heat from Mexico into the US at Jacumba Hot Springs, California, on June 5, 2024. Migrants from countries such as Turkey, Jordan, Guatemala, Nicaragua, China, India and Colombia made their way on foot into the United States today before being met with by Customs and Border Patrol agents for processing. The United States will temporarily close its Mexico border to asylum seekers starting today, June 5, as President Joe Biden as tries to neutralize his political weakness on migration ahead of November's election battle with Donald Trump. The 81-year-old Democrat signed a long-awaited executive order taking effect at midnight to "gain control" of the southern frontier with Mexico, after record numbers of illegal border crossings sparked concerns among voters. (Photo by Frederic J. BROWN / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Kerajaan Mexico mengumumkan sebanyak 155 kes kematian berkaitan cuaca panas terik di negara itu sejak Mac lalu, dengan 30 kes daripadanya berlaku dalam minggu ini.   

Sekretariat Kesihatan dalam laporan mingguan melaporkan seramai 2,567 orang mengalami penyakit berkaitan strok haba pada musim panas yang bermula sejak pertengahan Mac lalu. 

Fenomena itu dijangka berterusan hingga awal Ogos depan. 

Puluhan bandar-bandar di Mexico memecah rekod suhu panas pada Mei, dengan catatan rekod suhu setinggi adalah 34.7 darjah Celsius di Bandar Mexico pada 25 Mei lalu.

Pada masa sama, puluhan monyet turut dilaporkan terjatuh mati daripada pokok di selatan Mexico ketika suhu meningkat.

Beberapa empangan turut merosot ke paras yang kritikal, walaupun ribut tropika Alberto di beberapa wilayah menyebabkan hujan minggu ini.

Satu kajian yang dikeluarkan pada Khamis oleh World Weather Attribution (WWA) menyatakan cuaca panas yang membawa maut di Amerika Syarikat, Mexico dan Amerika Tengah pada Mei dan Jun mungkin meningkat 35 kali ganda akibat pemanasan global.

Kementerian Kesihatan Mexico turut memberi amaran negara itu akan terus mengalami suhu panas. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN