Mbappe kembali beraksi, Perancis capai objektif

Mbappe kembali beraksi, Perancis capai objektif

KYLIAN Mbappe yang bermain dengan memakai topeng dicabar pemain Poland, Pawel Dawidowicz pada perlawanan terakhir kedua-dua pasukan dalam Kumpulan D Euro 2024 di BVB Stadion,awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND: Walaupun Kylian Mbappe kembali bersama Perancis dan berjaya menjaringkan gol pertama di Euro 2024 namun ia masih belum cukup untuk mereka menjadi juara Kumpulan D.

Keputusan seri 1-1 dengan Poland membuat pasukan kendalian Didier Deschamps terpaksa berpuas hati sebagai naib juara untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Perancis gagal berada di kedudukan teratas kumpulan yang dihuni mereka pada kejohanan utama buat kali pertama sejak Euro 2012 apabila melepaskan beberapa peluang terbaik.

“Kami sudah mencapai objektif pertama kami walaupun tidak mendapat tempat yang kami sasarkan kerana berada di tangga kedua. Satu persaingan baharu akan bermula,” kata Deschamps.

Pada aksi itu, Mbappe memecah kebuntuan pada minit ke-56 menerusi gol sulungnya dalam Kejuaraan Eropah.

Mbappe meletakkan Perancis di depan apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas Jakub Kiwior mengasari Ousmane Dembele.

Namun, Dayot Upamecano menjatuhkan pemain gantian Poland, Karol Swiderksi yang membolehkan Robert Lewandowski menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

Sementara itu, jurulatih Poland Michal Probierz menyifatkan pasukannya telah membina asas untuk masa depan.

“Saya hanya perlu menerima apa yang berlaku di sini. Kami perlu menjelaskan perkara itu kepada peminat.

“Kami tidak sepatutnya berasa sedih. Ia hanya asas bagi masa depan untuk bersaing dengan setiap lawan yang mungkin kami hadapi. Menentang naib juara Piala Dunia, kami boleh bermain dengan seimbang,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN