Mata bersejarah buat Georgia-Mamardashvili

Mata bersejarah buat Georgia-Mamardashvili

PENJAGA Gol Georgia, Giorgi Mamardashvili menafikan percubaan penyerang Republic Czech, Adam Hlozek pada pertemuan kedua-dua pasukan bagi aksi kedua Kumpulan F Euro 2024 di Volksparkstadion.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMBURG: Penjaga gol Georgia, Giorgi Mamardashvili memuji mata pertama bersejarah dilakar pasukannya selepas terikat 1-1 dengan Republik Czech dalam saingan Euro 2024.

Georges Mikautadze meledak gol menerusi sepakan penalti buat pasukan baharu di Kejohanan Eropah itu di babak pertama sebelum Patrik Schick menyamakan kedudukan buat Czech selepas waktu rehat.

Mamardashvili yang juga penjaga gol Valencia, menafikan 11 percubaan oleh pasukan lawan dan persembahannya membolehkan dia menjadi pemain terbaik perlawanan.

Selepas memulakan kempen dengan langkah kiri apabila tewas di tangan Turkiye, keputusan seri itu cukup bermakna buat Georgia dan mereka harus menewaskan Portugal dalam perlawanan ketiga pada Khamis ini untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik.

“Saya gembira dan berpuas hati hanya kerana berada di sini… mata pertama kami adalah detik penuh bersejarah.

“Kami akan mengharungi satu perlawanan sangat sukar menentang Portugal, mereka adalah salah sebuah pasukan terbaik dalam kejohanan tetapi kami akan melakukan yang terbaik dan kita lihat nanti,” kata Mamardashvili.

Georgia mungkin memenangi perlawanan jika percubaan pemain gantian, Saba Lobjanidze tidak singgah di palang pada penghujung perlawanan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya