PETALING JAYA: Pengendali Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris mengakui masih banyak kelemahan dalam pasukannya terutama jentera serangan yang tumpul meskipun memulakan kempen Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship dengan langkah kanan. Dibarisi pemain berpengalaman, juara bertahan saingan liga berkenaan mudah membenam cabaran UiTM United 3-0 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, kelmarin. Katanya, beliau berpuas hati dengan keputusan yang dikecapi oleh pasukannya walaupun mengharapkan jumlah jaringan yang lebih besar. “Kalau lihat dari segi persembahan, kita mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol tetapi kita mensia-siakan peluang itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya