MALE: Kerajaan Maldives akan mengharamkan warga Israel dari memasuki kepulauan Lautan Hindi yang terkenal dengan pantai berpasir putih dan pusat peranginan mewah itu. Pengharaman itu berikutan kemarahan orang ramai di negara yang didominasi penduduk Islam itu berhubung perang di Gaza. Presidennya, Mohamed Muizzu memutuskan untuk mengenakan larangan ke atas pasport Israel. Jurucakap pejabat Mohamed berkata dalam satu kenyataan, tiada butiran bila undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa. Muizzu juga mengumumkan kempen pengumpulan dana kebangsaan yang dipanggil “Maldives in Solidariti with Palestine”. Hampir 11,000 warga Israel melawat Maldives tahun lalu, iaitu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya