Malaysia rangkul gelaran Asia buat kali ke-11

Malaysia rangkul gelaran Asia buat kali ke-11

PASUKAN skuasy wanita kebangsaan diketuai S. Sivasangari (tengah) membantu Malaysia menewaskan Hong Kong untuk menjadi juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia di Dalian, China, semalam.-IHSAN SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad skuasy wanita kebangsaan merampas kembali gelaran Asia yang berada di dalam genggaman Hong Kong selepas membenam pasukan negara itu 2-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia di Dalian, China, semalam.

Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan pertama menepati sasaran menjuarai kejohanan pada edisi kali ini, selepas sekadar muncul naib juara pada 2022.

Gelaran ke-11 yang dimenangi skuad kebangsaan itu diraih menerusi pemain No. 10 dunia, S. Sivasangari dan Rachel Arnold yang menghuni tangga ke-25 dunia.

Bagaimanapun, Sivasangari dipaksa bekerja keras selama lebih sejam sebelum mengutip mata pertama Malaysia dengan menewaskan Tomato Ho Tze Lok 10-12, 13-11, 11-6, 10-12, 11-8.

Rachel yang turun selaku perseorangan kedua, bermain dengan cukup cemerlang apabila dia membenam Tong Tsz Wing 11-6, 11-5, 11-8 dalam masa 27 minit dan sekali gus, memastikan kejayaan Malaysia tanpa perlu perseorangan ketiga, Aifa Azman berdepan Lee Ka Yi.

Jurulatih skuad kebangsaan, Shahril Shahidan berkata, Sivasangari berjaya bangkit daripada prestasi turun, naik yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

“Saya melihat dia bermain terlalu santai, pada set terakhir Sivasangari ketinggalan 2-7, tetapi selepas itu mujur dia bangkit memperbaiki intensiti permainannya,” katanya di sini, semalam.

Mengulas mengenai persembahan Rachel, Shahril memberitahu, pemain itu beraksi dengan cukup baik tanpa diberi tentangan yang terlalu sengit daripada Tsz Wing.

“Kita sebenarnya tidak menjangkakan Tsz Wing beraksi kurang baik, hari ini, mungkin tekanan untuk mencari mata kemenangan telah mengganggu fokusnya,” ujarnya.

Kejayaan skuad wanita membenam Hong Kong, mengulangi pencapaian yang mereka ukir selaku pemenang pingat emas Sukan Asia di Hangzhou, China, tahun lalu dan meneruskan dominasi di peringkat benua sejak 1992.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya