Jojo mohon Maaf, Tran Duy Nhat jangka dia bakal juara dunia

Maaf mengecewakan, Tran Duy Nhat jangka Jojo bakal juara dunia

jojo
AKSI Johan Ghazali Zulfikar ketika menahan tendangan Nguyen Tran Duy Nhat pada pertarungan One Championship dalam kategori flyweight pertarungan One 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand. - IHSAN ONE CHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan gagal menghadiahkan kemenangan buat negara pada pertarungan One Championship kategori flyweight pertarungan One 167.

Pertarungan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand, semalam menyaksikan Johan atau mesra disapa Jojo tewas buat kali pertama dalam kariernya di One Championship apabila tunduk di tangan jaguh berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat berdasarkan keputusan ‘unanimous decision’.

“Maaf kerana mengecewakan Malaysia… saya berjanji bangkit dengan kemenangan dalam perlawanan seterusnya. Maaf kepada semua peminat Malaysia yang datang ke Bangkok dan juga berada di negara dengan memberi sokongan penuh kepada saya. Teruskan menyokong dan saya akan kembali,” katanya.

Ia adalah kekalahan pertama buat Johan selepas enam pertarungan sejak Februari tahun lalu sekali gus terlepas peluang meraih bonus AS$50,000 (RM235,332.68).

Tambah Johan, dia berjanji akan kembali bangkit dan dengan hati terbuka menerima kekalahan ini sebagai satu pengajaran berguna kepada dirinya untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

““Saya pernah kalah dan ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Jangan nilai saya atas kemenangan saya tetapi nilailah saya tentang bagaimana saya kembali dari kekalahan saya.

“Ia mengecewakan kerana Nguyen adalah pejuang teknikal. Dia mempunyai banyak pengalaman, dia tahu apa yang datang.

“Selepas ini saya akan kembali melihat apa kelemahan saya dan memperbaikinya serta meningkatkan lagi kemahiran. Saya akan kembali lebih kuat,” ujarnya.

Dalam pertarungan yang diadili oleh pengadil, Olivier Coste, Johan diasak sejak pusingan pertama lagi sebelum dia cuba bangkit di hujung pertarungan berkenaan.

Keputusan juri

Duy Nhat yang juga juara WMF Muay Thai sebanyak lima kali turut melakukan sepakan padu pada pusingan kedua untuk membolehkan dia meyakinkan keputusan juri.

Walaupun cuba mengasak dan ada ketika bermain serangan psikologi di pusingan ketiga, Johan yang dibimbing jurulatih dari Thailand, Addy Sipangyak juga dipaksa bertahan dengan asakan saat akhir Duy Nhat.

Ini pertarungan pertama Jojo sejak kali terakhir pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan ‘knockout’ (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.

Kekalahan berkenaan bermakna Johan yang mewakili Rentap Muay Thai Gym terlepas peluang meraih bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (RM235,332.68).

Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Sementara itu, Tran Duy Nhat yang melebarkan rekod kemenangan kepada 15 menang dan empat tewas memuji aksi yang diperagakan Johan sepanjang perlawanan dan meramalkan petarung muda itu memiliki masa depan yang cerah.

“Johan masih muda dan kuat. Dia mempunyai fikiran yang kuat juga,dan dia pasti akan menjadi juara dunia ONE Championship suatu hari nanti,” ujar petarung Vietnam itu.-MINGGUAN MALAYSIA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya