Lima maut protes bantah kenaikan cukai di Kenya

Lima maut protes bantah kenaikan cukai di Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Seramai lima penunjuk perasaan maut akibat ditembak mati oleh Polis Kenya ketika protes menentang cadangan pengenalan cukai baharu di negara itu.

Suasana di ibu negara, Nairobi bertukar kacau-bilau apabila orang ramai merempuh sekatan polis sebelum menyerbu masuk Parlimen dan membakar sebahagian daripada bangunan itu.

Bantahan terhadap rang undang-undang (RUU) kewangan yang tidak popular itu termasuk beberapa kenaikan cukai berterusan selama beberapa hari.

Bantahan itu makin meningkat pada Selalu lalu, apabila ahli Parlimen meluluskan RUU yang dipinda.

Penunjuk perasaan memecah masuk bangunan Parlimen, merosakkan bahagian dalam dan membakar kompleks itu.

Wartawan BBC yang melaporkan dari lokasi kejadian melihat anggota polis melepaskan tembakan dengan peluru hidup dan melihat mayat berlumuran darah terbaring di jalan.

Semasa menyampaikan ucapan Selasa lalu, Presiden Kenya, William Ruto berkata, segala cara akan digunakan untuk menggagalkan sebarang percubaan jenayah berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara.

Anggota tentera juga dikerah bagi menyuraikan peserta protes. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya