Lebih sejuta jemaah haji tiba di Tanah Suci - Utusan Malaysia

Lebih sejuta jemaah haji tiba di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah dalam sidang media pada Khamis mengesahkan lebih sejuta jemaah tiba di Tanah Suci bagi musim haji kali ini.

Beliau menegaskan keperluan jemaah mematuhi peraturan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara bagi memastikan kelancaran sepanjang tempoh ibadah haji.

Tawfiq berkata, kementerian melalui inisiatif Jalan Makkah komited untuk memudahkan urusan perjalanan dan ibadah jemaah haji musim ini.

“Kerajaan Arab Saudi ‘menanggung segala kos’ inisiatif untuk memudahkan jemaah haji dan membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan mudah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan mengenai kempen antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya pakej haji palsu, selain memaklumkan Aplikasi Haji Nusuk menyediakan lebih 120 perkhidmatan buat jemaah.

Jemaah haji dari 126 negara seluruh dunia boleh memohon secara elektronik untuk menunaikan haji tanpa ‘orang tengah’ atau ejen pelancongan, bagi mengelakkan penipuan.

Menurutnya, kira-kira 11 bangunan baharu dibina di Mina untuk menampung 37,000 jemaah, selain kira-kira 10,000 sukarelawan terlibat dalam musim haji tahun ini.

Selain itu, beliau mengumumkan Laluan Metro Tanah Suci akan beroperasi pada musim haji ini, dengan kapasiti 72,000 jemaah sejam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya